Monday

perempuan dan cantik

assalamualaikum ~





malu bertanya sesat jalan ,
             malas berdayung perahu hanyut ..


sekali lagi introduction yang tiada kene mengena dengan apa yang nak di post. alhamduliillah!! selesai solat isyak tadi, pada jam 10 .27. solat yang agak lewat. kerana lalai dengan alam maya. sampai bila?? 


usai solat, saya terasa sesuatu yang silau di sebelah kiri. segera menoleh. ohh cermin..
pantulan cahaya. erm..rindu nak belajar =) ..
langkah diatur supaya dekat dengan cermin itu,. cermin yang hampir separuh bodynya retak seribu. kenapa tak buang? sayanggg.. saya tipu je. bodynya masih elok. orang kata masih mantopp..


satu langkah..makin dekat. dua langkah ..makin dekats..tiga langkah ..maikn dekatss..
sampai pon depan cermin. saya terkejut!! indahnya.. indahnya wajah di hadapan saya ini.
siapa dia?? setelah diteliti , diselidiki ..wajah dihadapan saya tadi..adalah diri saya sendiri. 
menyesal. menyesal puji diri sendiri. menyesal sebab puji sikit je. xoxo..

".....YA ALLAH , aku bersyukur kerana dikurniakan wajah yang sempurna ini. setelah KAU indahkan wajahku, maka indahkanlah pula hatiku..."

Amin....ye. fitrah seorang perempuan untuk menjadi cantik. malah ada yang berlumba lumba demi untuk mencapai title si CANTIK. 



  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai mata yang besar dan galak.
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai hidung mancung, terletak.
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai kening yang lebat dan hujungnya tirus.
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai bibir seseksi Angelina Jolie. seksi lagi bibirku. wekk
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai telinga yang tidak capang.ha??
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai rambut ikal mayang bak Kareena Kapoor dalam iklan Clear nya. eh betul ke?? main sebat je
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai pinggul yang bisa menarik nafsu si lelaki.
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai kuku panjang bercorak corak
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai bonggol unta di atas kepala nun
  • dan cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang kurus sahaja. 
cantik luaran dan dalaman. basah lidahnya memuji tuhan dan para pesuruh. tajam akalnya berfikir tentang kebesaran tuhan., kasih nya yang tidak berbelah bagi kepada kedua orang tuanya, taat setianya kepada tuhan yang Esa, lama sujudnya memohon keampunan.fasih bibirnya menutur bicara, dan kawalan nafsunya yang ampuh. 


semoga saya menjadi seperti 'nya' di atas. =)




terima kasih. be my followers

makan 'wind' lepas spm.arhhhh

assalamualaikum ~


saudara saudari muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian. apa khabar ye? sihat ke kurang sihat? atau, mungkin terlebih lebih sihat? . takpe. tak perlu penjelasan panjang lebar kerana saya faham sefaham fahamnya kondisi seseorang yang sedang bercuti panjang. berat makin naik? tak. sebenarnya timbang tu yang jahanam. saja nak jaki korang. abaikan je timbang tu. sekarang amik timbang tu, kemudian diri dekat mana2 roof top yang terdekat. minimum 180 tingkat. seteusnya.. lepaskan. ye!! lepaskan....done!


intro tak de kene mengena dengan tajuk eak.. adalah..baik mengaku, kalau tak saya hantar  santau kat korang. HA HA HA HA!!! -ketawa ala ala mintak penyepak. okey..sudah. sebelum saya mengarut dengan lebih mendalam adalah lebih baik saya corat coret kan serba sedikit sepanjang cuti cuti saya. 


oke. penganggur penganggur lepasan spm asrama pusat sekolah sukan negeri sekolah menengah kebangsaan tun hussein onn, kluang (...huh semputt.. ) batch 2011 jelah ye, memang beruntung. ye inilah yang dinamakan tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu.. kami dapat makan 'wind' free wokk! aii..first time dapat tahu yang rombongan tu free, jelas kelihatan muka keblurran lebih lebih lagi muka saya. marcapada ini, wah3.. susah nak dengar tang free tu. dah dapat ni alhamdulillah.. pelik juga ya di sini, tahun tahun lepas tak de la pulok. ermm..mungkin kami special. kami tahu, cikgu cikgi sayang kami lebih..


oh ya.! inilah muka muka mereka yang istimewa itu. lagi lagi yang diri belakang Pn. Normah tu. tu paling special lah. of course! sapa nak deny meh datang muka bertemu muka dengan saya. hek!
eh kejap. rasanya ada yang menghilang di kala ini. maklum sajelah baru lepas sarapan. mungkin sensitif pada sarapan lalu meneruskan perjalanan ke kamar selesa. jangan jadi seperti saya, cari toilet bagai nak rak, dah jumpa terus main masuk. rupanya STOR. pon bole la kalau nak buang hajat kat situ. err..



terima kasih shee foo ling, nuratiqah mohd johan, siti amirah sulaiman, nur syafiqah abdul ghani, nur aniza rahmat, era adila abu bakar, ramiza syakri, faizura mesnan, iskandar alwi, daniel saddiq hairozaman, shahrul nizam omar , zainuddin rasyid, amirul hamid,aliff haiqal muhamad razak, farhan hafsyam zahid and lastly fahmi mislan. 2 other boys- abg rambut cantik n anak cik ruby..huu
lagi sorang gegurl.haha gegurl pon gegurl la cik eak.. acik pembantu makmal. having great fun with all of u.


cuti ni makan seminggu juga lar. tapi ternyata kami tidak puas. rasa macam nak buat demonstrasi jalanan je. 


KAMI MAHU CUTI CUTI LAGI !! 

KAMI MAHU CUTI FREE!!


masalhnya ada ke yang nak layan? erkhh =,="

 snap pic dengan orang putih. tak tau la dari mana. sebenarnya mereka yang terhegeh hegeh nak bergambar dengan kami. kami watlek je..

 ni kat gunung kilim. macam macam kami explore kat sini. ada ikan sumpit. first time time dengar. yela kat kluang mana ade semua ni. ye tak?
ada dua ekor ikan pari. sekor ali lagi sekor timah. anak dia mungkin tongkat ali dan kacip fatimah. layannn..


 kami juga ke makam mahsuri. second time for me. remain same. no any changes. overall is okey.

 naik cable car. penat drive sampai puncak gunung..huh!. menipu? sape soh caya..new experience.
best wok! yang paling best aku bukan seorang peng 'gayat'..

 pegang ular tau..macam kompideng je nak pegang mula mula. geliiiiii~ haii pegang part kepala sume lari. nasib baik aku yang berani ni ada..waduh waduhh..
aah muka pon somell

 pilih pilih yang mana satu idaman hati.. apa? nombor 2 dari kiri? ada lamborghini tak sekarang ni? kalau ada gua layan..wakaka

 oke. sempat tau amik gamba dalam t-o-i-l-e-t..huhu..

padang besar perlihhh love siti style.

las day at pekan rabu kedah. tak nak balik kalau boleh..


posing with ummi , our beloved penyelia asrama.  time ni kat atas gunung. i had a big impress on how they done this places. bayangkan. atas gunung, sejuk kot. curam lak tu...only GOD knows..


sampai kat hostel around pukul 2 something. pagi. disebabkan aku bukan jenis suka susahkan parents, maka aku dan kawan kawan decide untuk tidur sahaja di hostel. bila dah ngantuk, nak pulak pikir yang bukan. nampak katil, terussss.. zzzz..

miss langkawi already lah. nak menetap kat sane boleh tak? ada mane2 jejaka langkawi yang berkenan kat aku ?? aduhh..promote diri nak bawak ke mana kan. 
lepas ni syarat pertama future husband : orang langkawi. kah3x kidding! x nak x nak!!
 k. bai~
khas untuk kawan kawan yang tak dapat join- ruhayza rahim, nurhayatunishak shamsuri, nur shafiqah md mustaffa, muhd khidhir muhd diah dan muhamad abdul wafi..~

terima kasih. be my followers

Friday

saya tak nak bebel panjang2.

assalamualaikum~

post ni tak ditujukan kepada sesiapa. kerana, saya rasa tak ada apa apa yang saya nak nak bebelkan. tapi disebabkan kebosanan yang melanda hingga mencecah tahap 8, saya terpaksa membebel seorang diri. bukan sahaja di blog, malah di dalam bilik ini juga. ye. saya membebel seorang diri.

ape? nak cakap saya mcm orang tutttttt sebab bebel sensorang. eh ade saya kisah?? 
ahaha. sopannya.! maap maap.
oh. bebel sensorang is one of my habit. yes HABIT. tak tau la kenape. mungkin sebab comel sangat, jadi habit tu nak melekat jep. hoho..

sy suka cakap sensorang. at least bila ade masalah tak de lah nampak macam  STRESSS sangat kan?
nampak la jugak muka tu bercahaya. bila saya cakap sensorang , orang kate 

" eh kau ni tak betul ea..! ckp sorang2.."

eh hello, habis tu. deejay tu. die cakap sorang2. tak betul jugak la ..oh wow!! kesimpulan yang menarik. 
tak dela, saya mewakili orang orang yang suka membebel sensorang nak ckp ni haa..
sebenarnya bila kita bercakap sorang2 ni, kita macam muhasabahkn diri kita balik. 
haaa ni lagi satu habit sy, SAYA SUKA MEMUHASABAH KAN DIRI SAYA. buka munasarawak. aik?? haha lawak lawak lawak..ermm

okelah. td tak nak bebel panjang2. tapi panjang jugak. panjang la jugak. 
off off off off..
hazimah=)

terima kasih. be my followers

Thursday

i'm doing mistake!

assalamualaikum~

orang kata, terlajuk perahu boleh diundur. terlajak kata..?? 
macam aku - selalu sangat bertindak tanpa fikir kesan jangka panjang dia. terus je buat , tak fikir apa yang akan jadi lepas tu. akibatnya, tanggunglah sendiri. ni lah namanya GOPOH. ye. sifat turun temurun family aku.haha ==" tapi bila sampai kat aku, sifat tu makin tinggi pulak rating dia.huhu..
aku mengaku sejujurnya, sebenarnya dan seikhlasnya bahawa aku adalah seorang yang huru hara.ohwow!
walaupun begitu, aku tau tahap mana emosi aku. bukan nak berlagak bukan nak menunjuk. i know how to control myself. really know! but situation pon main peranan kan? so benda yang boleh setel dengan cara baik, boleh jadi semakin worst pulak. hurmm..
actually, benda ni tak de la besar mana. tapi disebabkan aku seorang yang menyanyah, mengade ngade lagi menjengkelkan , this thing became such a serious problem. maybe dalam keadaan hormon tak berape nak stabil ni ape juga benda yang berlaku kat sekeliling, yang tak memuaskan hati aku, buat aku marah sampai level 7/10. arghhhhhhhhhhhh..
and now, i regret. really really really regret! sori sangat2. i don't have any intention to hurt your heart ! amik kaw. nak sgt tgok dia rase bersalah kan?? skrg.kau pula rase..adesssss.. sadis betul la..


huu..syafakallah!!
x de mood dah nak celoteh.

hazimah=)

terima kasih. be my followers

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .


Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
 
copy and paste by hazimah.hoho =)

terima kasih. be my followers

Tuesday

cerita tentang marah

assalamualaikum~

sebenarnya tak ada title yang sesuai untuk post kali ni. sudah di bilangin , pagi pagi macam ni memang sesi untuk luahkan perasaan. tak tau kenapa, lately saya banyak ikutkan emosi. banyak pulak genrenya. kadang kadang terlalu nak marah. kadang kadang layan sentimental. hek! macam orang tak betul . adakah sy telah menjadi orang tutttttttt itu..?? oh tidak tidak. minta dijauhkan lah. 

bila saya nak start marah marah, nasib baik ada ' peti sejuk ' yang akan cool kan saya balik.. terima kasih ye.. ! saya memang tak suka marah marah. tapi kalau situation tu membuatkan saya rasa nak meletop! ,, memang sy akan meletop betul. setakat ni sekali je la penah mcm tu. hoho. biaselah setan , die bisik sikit je dah terpengaruh. ermm..

menurut kajian yang pernah saya dengar dr bunda saya, 
darah yang diambil daripada seseorang yang sedang ' hanget'..kemudian dimasukkan ke dalam tubuh badan seekor tikus, boleh membunuh tikus tersebut. wah..dasyat kan bila kita marah ni.
sebab tu ada yang kata marah itu racun, maka penawarnya adalah sabar. ye sy sedang bersabar. macam mana cara saya bersabar?? sy bersabar dengan cara menulis semula artikel tentang marah. macam yang saya tengah buat ni. 

actually, ni salah satu cara untuk sy cool down kan balik diri saya. memuhasabahkan diri. tp dengan cara upgrade sikit. biaselah kita kan urban..wakaka!. 
saya tak marah dengan situasi yang terjadi sekarang ni. tapi sy marah diri sy sendiri di atas apa yng saya dah buat. mereka tak mengenal sy, itu saje. sy bergurau. tp mungkin gurauan itu disalahertikan. dan saya seolah olah menanam harapan pada diri mereka. oh no! ye. saya seorang yang mempunyai perangai gila2. dan saya jenis yang melayan orang yang berperangai gila2 yang sedang ber perangai gila2 di hadapan saya.

okelah., let bygone be bygone. saya nak lupakan apa yg terjadi. and hope so, bila bgon tido esok, everything about this is completely remove. haha. 
say bye2 to that ' semak ' thing.
one more thing, saya memang cerita tentang marah, tapi saya tak marah , everything is undercontrolled 
hazimah=)

terima kasih. be my followers

Monday

saya sedang bergembira

assalamualaikum~

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
rasa macam nak jerit sekuat kuat hati !! bunyi macam violent je kan? nak jerit betul betul tak masal makan penampar pulak nanti. jerit dalam blog jelah. tak ada siapa dengar.tapi tak puas...hoho
haihhh..ape nak buat bila hati tengah membara. ? takkan nak masukkan kepala dalam peti sejuk . biar cool sikit. tapi rasanya terlebih lebih cool duduk dalam tu. membeku pulak hati aku ni karang haa..
tak pasal pasal orang kat keliling aku pun kena tempiasnya. sori sori sori...
kalau lah ada punching bag kat depan ni haa, bukan takat tumbuk punching bag tu.
aku robek robek sampai keluar isi dia. jelas di sini, Husna Hazimah bukan seorang yang lemah lembut seperti yang diperkatakan orang. ahak! ye..aku memang ganas. grrrr..

within a minute, oke la aku ni. tak meng' hot ' lagi dah.
nevermind, aku memang selalu jadi mangsa . 
oke tu je nak citer..da lama tak buat hal ni lah jadiknya..huhuhu

sekarang dah oke. tutup cerita. if i heard bout this again.i'll find you till the end.harharhar!!
tak delah..gurau saje..

*sori..luahkan perasaan je. tak buat ape2 pung,,

hazimah yang cantik molek=)

terima kasih. be my followers