Monday

perempuan dan cantik

assalamualaikum ~





malu bertanya sesat jalan ,
             malas berdayung perahu hanyut ..


sekali lagi introduction yang tiada kene mengena dengan apa yang nak di post. alhamduliillah!! selesai solat isyak tadi, pada jam 10 .27. solat yang agak lewat. kerana lalai dengan alam maya. sampai bila?? 


usai solat, saya terasa sesuatu yang silau di sebelah kiri. segera menoleh. ohh cermin..
pantulan cahaya. erm..rindu nak belajar =) ..
langkah diatur supaya dekat dengan cermin itu,. cermin yang hampir separuh bodynya retak seribu. kenapa tak buang? sayanggg.. saya tipu je. bodynya masih elok. orang kata masih mantopp..


satu langkah..makin dekat. dua langkah ..makin dekats..tiga langkah ..maikn dekatss..
sampai pon depan cermin. saya terkejut!! indahnya.. indahnya wajah di hadapan saya ini.
siapa dia?? setelah diteliti , diselidiki ..wajah dihadapan saya tadi..adalah diri saya sendiri. 
menyesal. menyesal puji diri sendiri. menyesal sebab puji sikit je. xoxo..

".....YA ALLAH , aku bersyukur kerana dikurniakan wajah yang sempurna ini. setelah KAU indahkan wajahku, maka indahkanlah pula hatiku..."

Amin....ye. fitrah seorang perempuan untuk menjadi cantik. malah ada yang berlumba lumba demi untuk mencapai title si CANTIK. 



  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai mata yang besar dan galak.
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai hidung mancung, terletak.
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai kening yang lebat dan hujungnya tirus.
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai bibir seseksi Angelina Jolie. seksi lagi bibirku. wekk
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai telinga yang tidak capang.ha??
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai rambut ikal mayang bak Kareena Kapoor dalam iklan Clear nya. eh betul ke?? main sebat je
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai pinggul yang bisa menarik nafsu si lelaki.
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai kuku panjang bercorak corak
  • cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai bonggol unta di atas kepala nun
  • dan cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang kurus sahaja. 
cantik luaran dan dalaman. basah lidahnya memuji tuhan dan para pesuruh. tajam akalnya berfikir tentang kebesaran tuhan., kasih nya yang tidak berbelah bagi kepada kedua orang tuanya, taat setianya kepada tuhan yang Esa, lama sujudnya memohon keampunan.fasih bibirnya menutur bicara, dan kawalan nafsunya yang ampuh. 


semoga saya menjadi seperti 'nya' di atas. =)




terima kasih. be my followers

makan 'wind' lepas spm.arhhhh

assalamualaikum ~


saudara saudari muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian. apa khabar ye? sihat ke kurang sihat? atau, mungkin terlebih lebih sihat? . takpe. tak perlu penjelasan panjang lebar kerana saya faham sefaham fahamnya kondisi seseorang yang sedang bercuti panjang. berat makin naik? tak. sebenarnya timbang tu yang jahanam. saja nak jaki korang. abaikan je timbang tu. sekarang amik timbang tu, kemudian diri dekat mana2 roof top yang terdekat. minimum 180 tingkat. seteusnya.. lepaskan. ye!! lepaskan....done!


intro tak de kene mengena dengan tajuk eak.. adalah..baik mengaku, kalau tak saya hantar  santau kat korang. HA HA HA HA!!! -ketawa ala ala mintak penyepak. okey..sudah. sebelum saya mengarut dengan lebih mendalam adalah lebih baik saya corat coret kan serba sedikit sepanjang cuti cuti saya. 


oke. penganggur penganggur lepasan spm asrama pusat sekolah sukan negeri sekolah menengah kebangsaan tun hussein onn, kluang (...huh semputt.. ) batch 2011 jelah ye, memang beruntung. ye inilah yang dinamakan tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu.. kami dapat makan 'wind' free wokk! aii..first time dapat tahu yang rombongan tu free, jelas kelihatan muka keblurran lebih lebih lagi muka saya. marcapada ini, wah3.. susah nak dengar tang free tu. dah dapat ni alhamdulillah.. pelik juga ya di sini, tahun tahun lepas tak de la pulok. ermm..mungkin kami special. kami tahu, cikgu cikgi sayang kami lebih..


oh ya.! inilah muka muka mereka yang istimewa itu. lagi lagi yang diri belakang Pn. Normah tu. tu paling special lah. of course! sapa nak deny meh datang muka bertemu muka dengan saya. hek!
eh kejap. rasanya ada yang menghilang di kala ini. maklum sajelah baru lepas sarapan. mungkin sensitif pada sarapan lalu meneruskan perjalanan ke kamar selesa. jangan jadi seperti saya, cari toilet bagai nak rak, dah jumpa terus main masuk. rupanya STOR. pon bole la kalau nak buang hajat kat situ. err..



terima kasih shee foo ling, nuratiqah mohd johan, siti amirah sulaiman, nur syafiqah abdul ghani, nur aniza rahmat, era adila abu bakar, ramiza syakri, faizura mesnan, iskandar alwi, daniel saddiq hairozaman, shahrul nizam omar , zainuddin rasyid, amirul hamid,aliff haiqal muhamad razak, farhan hafsyam zahid and lastly fahmi mislan. 2 other boys- abg rambut cantik n anak cik ruby..huu
lagi sorang gegurl.haha gegurl pon gegurl la cik eak.. acik pembantu makmal. having great fun with all of u.


cuti ni makan seminggu juga lar. tapi ternyata kami tidak puas. rasa macam nak buat demonstrasi jalanan je. 


KAMI MAHU CUTI CUTI LAGI !! 

KAMI MAHU CUTI FREE!!


masalhnya ada ke yang nak layan? erkhh =,="

 snap pic dengan orang putih. tak tau la dari mana. sebenarnya mereka yang terhegeh hegeh nak bergambar dengan kami. kami watlek je..

 ni kat gunung kilim. macam macam kami explore kat sini. ada ikan sumpit. first time time dengar. yela kat kluang mana ade semua ni. ye tak?
ada dua ekor ikan pari. sekor ali lagi sekor timah. anak dia mungkin tongkat ali dan kacip fatimah. layannn..


 kami juga ke makam mahsuri. second time for me. remain same. no any changes. overall is okey.

 naik cable car. penat drive sampai puncak gunung..huh!. menipu? sape soh caya..new experience.
best wok! yang paling best aku bukan seorang peng 'gayat'..

 pegang ular tau..macam kompideng je nak pegang mula mula. geliiiiii~ haii pegang part kepala sume lari. nasib baik aku yang berani ni ada..waduh waduhh..
aah muka pon somell

 pilih pilih yang mana satu idaman hati.. apa? nombor 2 dari kiri? ada lamborghini tak sekarang ni? kalau ada gua layan..wakaka

 oke. sempat tau amik gamba dalam t-o-i-l-e-t..huhu..

padang besar perlihhh love siti style.

las day at pekan rabu kedah. tak nak balik kalau boleh..


posing with ummi , our beloved penyelia asrama.  time ni kat atas gunung. i had a big impress on how they done this places. bayangkan. atas gunung, sejuk kot. curam lak tu...only GOD knows..


sampai kat hostel around pukul 2 something. pagi. disebabkan aku bukan jenis suka susahkan parents, maka aku dan kawan kawan decide untuk tidur sahaja di hostel. bila dah ngantuk, nak pulak pikir yang bukan. nampak katil, terussss.. zzzz..

miss langkawi already lah. nak menetap kat sane boleh tak? ada mane2 jejaka langkawi yang berkenan kat aku ?? aduhh..promote diri nak bawak ke mana kan. 
lepas ni syarat pertama future husband : orang langkawi. kah3x kidding! x nak x nak!!
 k. bai~
khas untuk kawan kawan yang tak dapat join- ruhayza rahim, nurhayatunishak shamsuri, nur shafiqah md mustaffa, muhd khidhir muhd diah dan muhamad abdul wafi..~

terima kasih. be my followers

Friday

saya tak nak bebel panjang2.

assalamualaikum~

post ni tak ditujukan kepada sesiapa. kerana, saya rasa tak ada apa apa yang saya nak nak bebelkan. tapi disebabkan kebosanan yang melanda hingga mencecah tahap 8, saya terpaksa membebel seorang diri. bukan sahaja di blog, malah di dalam bilik ini juga. ye. saya membebel seorang diri.

ape? nak cakap saya mcm orang tutttttt sebab bebel sensorang. eh ade saya kisah?? 
ahaha. sopannya.! maap maap.
oh. bebel sensorang is one of my habit. yes HABIT. tak tau la kenape. mungkin sebab comel sangat, jadi habit tu nak melekat jep. hoho..

sy suka cakap sensorang. at least bila ade masalah tak de lah nampak macam  STRESSS sangat kan?
nampak la jugak muka tu bercahaya. bila saya cakap sensorang , orang kate 

" eh kau ni tak betul ea..! ckp sorang2.."

eh hello, habis tu. deejay tu. die cakap sorang2. tak betul jugak la ..oh wow!! kesimpulan yang menarik. 
tak dela, saya mewakili orang orang yang suka membebel sensorang nak ckp ni haa..
sebenarnya bila kita bercakap sorang2 ni, kita macam muhasabahkn diri kita balik. 
haaa ni lagi satu habit sy, SAYA SUKA MEMUHASABAH KAN DIRI SAYA. buka munasarawak. aik?? haha lawak lawak lawak..ermm

okelah. td tak nak bebel panjang2. tapi panjang jugak. panjang la jugak. 
off off off off..
hazimah=)

terima kasih. be my followers

Thursday

i'm doing mistake!

assalamualaikum~

orang kata, terlajuk perahu boleh diundur. terlajak kata..?? 
macam aku - selalu sangat bertindak tanpa fikir kesan jangka panjang dia. terus je buat , tak fikir apa yang akan jadi lepas tu. akibatnya, tanggunglah sendiri. ni lah namanya GOPOH. ye. sifat turun temurun family aku.haha ==" tapi bila sampai kat aku, sifat tu makin tinggi pulak rating dia.huhu..
aku mengaku sejujurnya, sebenarnya dan seikhlasnya bahawa aku adalah seorang yang huru hara.ohwow!
walaupun begitu, aku tau tahap mana emosi aku. bukan nak berlagak bukan nak menunjuk. i know how to control myself. really know! but situation pon main peranan kan? so benda yang boleh setel dengan cara baik, boleh jadi semakin worst pulak. hurmm..
actually, benda ni tak de la besar mana. tapi disebabkan aku seorang yang menyanyah, mengade ngade lagi menjengkelkan , this thing became such a serious problem. maybe dalam keadaan hormon tak berape nak stabil ni ape juga benda yang berlaku kat sekeliling, yang tak memuaskan hati aku, buat aku marah sampai level 7/10. arghhhhhhhhhhhh..
and now, i regret. really really really regret! sori sangat2. i don't have any intention to hurt your heart ! amik kaw. nak sgt tgok dia rase bersalah kan?? skrg.kau pula rase..adesssss.. sadis betul la..


huu..syafakallah!!
x de mood dah nak celoteh.

hazimah=)

terima kasih. be my followers

KALAU SAYANG IBU, BACA LA , TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE .


Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
 
copy and paste by hazimah.hoho =)

terima kasih. be my followers

Tuesday

cerita tentang marah

assalamualaikum~

sebenarnya tak ada title yang sesuai untuk post kali ni. sudah di bilangin , pagi pagi macam ni memang sesi untuk luahkan perasaan. tak tau kenapa, lately saya banyak ikutkan emosi. banyak pulak genrenya. kadang kadang terlalu nak marah. kadang kadang layan sentimental. hek! macam orang tak betul . adakah sy telah menjadi orang tutttttttt itu..?? oh tidak tidak. minta dijauhkan lah. 

bila saya nak start marah marah, nasib baik ada ' peti sejuk ' yang akan cool kan saya balik.. terima kasih ye.. ! saya memang tak suka marah marah. tapi kalau situation tu membuatkan saya rasa nak meletop! ,, memang sy akan meletop betul. setakat ni sekali je la penah mcm tu. hoho. biaselah setan , die bisik sikit je dah terpengaruh. ermm..

menurut kajian yang pernah saya dengar dr bunda saya, 
darah yang diambil daripada seseorang yang sedang ' hanget'..kemudian dimasukkan ke dalam tubuh badan seekor tikus, boleh membunuh tikus tersebut. wah..dasyat kan bila kita marah ni.
sebab tu ada yang kata marah itu racun, maka penawarnya adalah sabar. ye sy sedang bersabar. macam mana cara saya bersabar?? sy bersabar dengan cara menulis semula artikel tentang marah. macam yang saya tengah buat ni. 

actually, ni salah satu cara untuk sy cool down kan balik diri saya. memuhasabahkan diri. tp dengan cara upgrade sikit. biaselah kita kan urban..wakaka!. 
saya tak marah dengan situasi yang terjadi sekarang ni. tapi sy marah diri sy sendiri di atas apa yng saya dah buat. mereka tak mengenal sy, itu saje. sy bergurau. tp mungkin gurauan itu disalahertikan. dan saya seolah olah menanam harapan pada diri mereka. oh no! ye. saya seorang yang mempunyai perangai gila2. dan saya jenis yang melayan orang yang berperangai gila2 yang sedang ber perangai gila2 di hadapan saya.

okelah., let bygone be bygone. saya nak lupakan apa yg terjadi. and hope so, bila bgon tido esok, everything about this is completely remove. haha. 
say bye2 to that ' semak ' thing.
one more thing, saya memang cerita tentang marah, tapi saya tak marah , everything is undercontrolled 
hazimah=)

terima kasih. be my followers

Monday

saya sedang bergembira

assalamualaikum~

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
rasa macam nak jerit sekuat kuat hati !! bunyi macam violent je kan? nak jerit betul betul tak masal makan penampar pulak nanti. jerit dalam blog jelah. tak ada siapa dengar.tapi tak puas...hoho
haihhh..ape nak buat bila hati tengah membara. ? takkan nak masukkan kepala dalam peti sejuk . biar cool sikit. tapi rasanya terlebih lebih cool duduk dalam tu. membeku pulak hati aku ni karang haa..
tak pasal pasal orang kat keliling aku pun kena tempiasnya. sori sori sori...
kalau lah ada punching bag kat depan ni haa, bukan takat tumbuk punching bag tu.
aku robek robek sampai keluar isi dia. jelas di sini, Husna Hazimah bukan seorang yang lemah lembut seperti yang diperkatakan orang. ahak! ye..aku memang ganas. grrrr..

within a minute, oke la aku ni. tak meng' hot ' lagi dah.
nevermind, aku memang selalu jadi mangsa . 
oke tu je nak citer..da lama tak buat hal ni lah jadiknya..huhuhu

sekarang dah oke. tutup cerita. if i heard bout this again.i'll find you till the end.harharhar!!
tak delah..gurau saje..

*sori..luahkan perasaan je. tak buat ape2 pung,,

hazimah yang cantik molek=)

terima kasih. be my followers

Sunday

my hostel my waterfall

assalamualaikum~

ya sheikh, ya hoo, ya beda beduuu.. huhu! tak payah layan budak sengal ni.
makin malam makin kurengg..

erm sebenarnya ada satu benda yang saya nak share pada kalian mengenai asrama saya.
saya percaya, keistimewaan ini hanya ada pada asrama saya sahaja.
saya begitu yakin dan kompideng asrama lain tak akan ada keistimewaan ni. keistimewaan itu, bukanlah disebabkan title kami sebagai Sekolah Sukan Negeri.uuu..jauh sekali
 tetapi disebabkan kami sangat istimewalah, maka diberikan ujian itu kepada kami.

 
tarra..ni lah istimewanya asrama saya. asrama saya ade waterfall . tak payah pegi jauh2. bukak pintu dorm je dah nampak trang tang tang depan mata . tu kalau musim hujan la. 
tapi ni sikit je. ada yang lebih maha karya cinta dari ni. sampai masuk rumah warden.


kasihan warden warden kami .
memandangkan sudah berkali kali keadaan ini terjadi, warga asrama pon seolah olah dah terbiasa dengan waterfall ini. waterfall tu agaknya pon dah mesra alam dgn kawasan asrama tu.
haa..jangan sangka asrama ni atas bukit boleh selamat dr banjir.
bukannya apa, kawasan tu dulu kawasan berbukit. sebab nak bina lagi satu blok, terpaksa lah bukit tu ditarahkan.
pokok2 tak ada. tanah pon tak ade sape nak support so bila hujan senang jelah tanah tanih tu meluncur. dan jadiknye lah waterfall ni. 
kalau tak ada air kat rumah tu, boleh lah mandi kat sini ke basuh baju ke..hohoho joking!

pergh3 kalau hujan lebat , tuhan je yg tau macam mana perasaan kitorang kat asrama tu. 
kalau yang kat bilik air tu, tak menyaba nak keluar. kalau tenga solat plak, tak boleh betul2 fokus.
hopefully, bila tahun depan agak2 nak ziarah asrama tu, semuanya dah dibaik pulih la ye.hohoii

hazimah=)


terima kasih. be my followers

Saturday

a week before SPM

assalamualaikum~

seminggu sebelum spm berlangsung, 
zima dan bebudak kelas sempat jugaklah buat kngn kat dalam kelas 5sn 2 tu.
walaupun mase tu macam2 perasaan yg timbul, 
takut, gerun, tak sabar, eksaited dan segalanya lah ..
hingga membolehkan perasaan perasaan tersebut bercampur aduk
dan menjadi adunan yang terrrbaikkk!
tak tau lah nk ckp macam mana.

tapi tak semua gambar bebudak kelas ada pada zima.
sebilangan sahaja. 
mana yang tak ada tu harap maaf ye.
tak ada pilih kasih dalam ini cerita. 
cuma , mungkin tak ada rezeki tu kita bergambar bersama.
chewah..macam hot je! ^-^



 kat ats tu Ain. sahabatku dunia akhirat , insyaAllah. hehe
kat makmal fizik.
waktu tu zima tengah frust tahap 8.
kerana??
kaca mataku patah sayapnya.haha
nak buat mcm mane, budak rajin mentelaah..kuang3
tu lah cermin matanya..huhu
ain dan akia..
aip. tak ada bunga bunga cinta oke.
tengok la tu. org lain pandang papan hitam.
diorang??
haiii....hehehe

this is my hero.
mohd nasrullah mohd aslam.
i knew him since i'm in age 7.
maksudnya 
dah 11 tahun la kenal..
erm..nas memang comel..hehe

kalau perasan gambar gambar di atas semuanya berkaca mata.
aii nk sangat rabun agaknya kan. 
kalau dah kena, baru tau sengsaranya..hadoii

next,
ini adalah zima. 
gambar ni tak berapa cantik kerana diambil secara silent mode oleh mereka.
very the kurang asam.
lihatlah kekaburannya..

yang ni waktu dekat galleri sejarah.
first time masuk woo..
daripada form 1 skola kat situ, sekali pon tak pernah jejak.
boleh tahan la galeri tu.
tp yang menjengkelkan.
jelas sekali saya lebih gelap.haha
maizatul-ain
both are my beloved friends..
ni hasil kerja kami..
bhahaah..boleh blah la..
oke.habis dah kat galleri sejarah.
sbb tu jek yang sempat amik

yang kat bawah ni pulak, time ni last day before exam.
next weeknya nak gi berperang dah.
anas, kenneth, umarul, afika,ain, mila, nad, atin, alyn, HUSNA HAZIMAH dan izzaty
rase macam tuan puteri plak kene apit..wakaka
muka merah disebabkan terlalu panas.
maaf tuan puteri tak biasa kene panas. selalu duduk dalam aircon.
surely korang yang panas bace statement ni. xoxo

with my 3 orang besfren .
umarul,ika,ain dan HUSNA HAZIMAH.
ingatkan nak buat ala2 indie band..haha
saya pulak yang lari tema. 
arhhh layan...

arhhh...benci senyum. hahaha

yer,,,peace!!!
kami memang comel..
lagi2 yang pakai baju kurung tu. hahaha
perasan !

ok.las skali. 
husna dan alyn.
but, yang ni bukan las day kitorg nak exam
ni awal tahun. 
guest where were we at??
haha
ape2pon. kat mana pon kita, persahabatan tetap akan wujud.
seboleh mana kita mampu berdiri , tetap memerlukan bantuan daripada insan yang bernama
KAWAN
so, renung2 kan dan selamat beramal.!

*missing 5sn2 tho

hazimah=)

terima kasih. be my followers

i've got a new job

assalamualaikum~

wahh..seronok+puas.
hari ni zima telah mencipta rekod sendiri dengan belajar asas menjahit 
dengan tuan guru Saudah Selamat.kui3

bukan nak menunjuk .tp ini adalah salah satu kerja zima memandangkan cuti tengah panjang ni.
lebih baik rasanya zima isi masa zima dengan belajar menjahit ni. daripada tak buat apa2 langsung. kan?
zima tidaklah begitu minat dalam bidang jahit menjahit ,
tapi ini adalah asas untuk seorg gadis yang comel seperti zima..
untuk lebih maju pada masa hadapan. haha bukan main ayat eah??

yelah. mana tau. kot2 masa depan kita tak secerah hari ni. 
mungkin kita senang sekarang ni. tidur pon , duit kat sekeliling katil. 
tp macam mana pulak 2 tahun akan dtg? 
8 tahun akan dtg? ataupun 20 tahun akan dtg?
senang juga ke hidup kita? mewah ke kita?
tak tau kan.
so , kita boleh praktikkan ilmu ni.
at least, bila kita susah ,kita ada inisiatif untuk bantu keluarga. isn't it?

sebagai permulaan, zima belajar untuk menjahit sarung kerusi. (meja makan punya)
actually, this is not my idea. it's my mum who ask me to do so. 
so , follow the flow je lah..hehe

untuk mengelakkan pembaziran, kami gunakan kain2 langsir yang masih boleh dipakai ( tapi dah tak guna dah) untuk buat sarung kerusi tu.
 simple je. (tak de la reben2 ke manik2 ke) nama pon asas kan.
dan saya puas dengan hasil kerja saya. walaupun bukan sepenuhnya dr saya,

still memerlukan bantuan ibu dan kakak.



ok. yang kat atas tu adalah mesin yang digunakan untuk jahit. simple kan mesin jahit tu.
body dah tarak. tu je yang tinggal. haha =_='

nilah hasilnya:




huhu..sekian.
hazimah =)

terima kasih. be my followers

selamat datang cuti cuti ku selamat tinggal spm

assalamualaikum~

hallo hallo hallo dan hallo. hari ni macam mana? oke??
malas nak tanya sehat ke tak, sebab kalau tak sihat tak adanya nk men'tenet' ni kan??
huhuu..

wahhh!! welcome home my holidaysss!
dah lama tak cuti panjang. kalau ada pun dulu kena mengadap buku. mengadap buku ke?? haha
mengadap la jugak walaupun br bape minit pegang buku tu,
setan dah mula bergayut kat mata suruh tidur..haiiiihh
selain mengadap buku , masa dipenuhi dgn kelas kelas tambahan yang seakan2 tiada langsung kelihatan titik noktahnya. 
but now,
dah ringan sikit kepala otak. 
maklum, zima baru sahaja menamatkan sesi berperang dengan kertas kertas soalan.
walaupun ada sesetengah subjek yang agak tough untuk dijawab, tp alhamdulillah . 
 semuanya berjalan dengan lancar.
 the best part is,
first day masa spm baru je berlangsung.
zima menghadapi stomach ache yang sungguh membuatkan zima tak senang duduk. 
semuanya gara gara terambil sarapan yang berat pada waktu pagi dan kuantitinya tidak sesuai dengan diri zima yang cukup sensitif pada waktu sarapan. mendalam maksudnya tu. faham faham je lerr..
 dan buat julung kalinya zima menjadi calon pertama
dari sekolah zima untuk ke kamar selesa sekolah. (tandas)
huhuhu..
bukan mahu bukak pekung di dada, tapi ini rasanya pengalaman yang akan kekal dalam ingatan zima.
dipendekkan cerita, tak tau lah macam mana boleh ter'stuck' kat tandas tu..
bhahahahaahahahaa
mujur semujur mujurnya ada pengawas peperiksaan yang tunggu di luar.
zaim tak berapa ingat namanya, tapi beliaulah yang membantu zima keluar dari pintu kesengsaraan itu.wakakaka!
 dan malam itu, ada kawan yang menghantar sms pada zima
: eh kawan, muka jangan nmpk cuak sgt ea waktu exam.
ye. zima tergelak terguling guling waktu tu. hampir disepak kawan!
they think that i am too fright to face the exam. 
hakikatnya, zima tengah menahan sakit perut yang amat sangat sampai rasa mcm nak terbaring kat dewan pekse tu. hak3
 oke. disini zima ada listkan senarai top 12 soalan2 spm 2011.(ikut bar code dekat tepi soalan.) 

org kata semakin tinggi bar code tersebut, semakin susah la soalannya. 
tak tau la betul ke tak. kalu ikutkan zima, ada yang bar code tinggi tp bole jawab.
dan begitulah sebaliknya.

 no 1, subjek yang berjaya meninggikan bar code nya ialah:

bahasa melayu kertas 1

biologi kertas 1-alhamdulillah tak tertido waktu exam bio hr tu.kui3
math kertas 1. act bio and math have same level of barcode. sayang seribu kali sayang, ape yg ditarget keluar .semua lari
bahasa melayu kertas 2


additional math. my feveret subject among others wlupon mrkhnya, okelah! seminggu before exam, cikgu dila, our add math teacher, dpat baby girl!
7.
sejarah kertas 1-  quite tough, no 1 dah salah jawab =(
8.
pendidikan islam 1-bolehlahh
9.
physics-tawakkal . sy buat experiment sendri. mudah tp sy yang menyusahkan diri 

 10. 
pendidikan islam kertas 2

11.
tasawwur islam. subjek ni merupakan subjek tambahan saya. memandangkan kena belanja sendiri, agak susah la untuk cathc up. dan soalan hr tu memang cukup menggoda untuk zZzz... 
dan las skali ialah
bahasa inggeris. wahh! waktu exam ni saya rasa puas sgt.sebab? waktu trial hr tu, sy rase sy buat karangan paling sengal dlm hidup dy. alhamdulillah. dapat buat yang terbaik setakat ni. harap dpt mrkh lebih!
fuhh.ni lah subjek2 tu. 
se'bes' mana pun cuti, tetap kena ingat spm jugak
yelah keputusan belum keluar. 
selagi tak keluar, jangan beranganla nak idup senang lenang.
makin sesak dada ni

apa yang menjadi harapan saya sekarang ini ialah 
semoga ilmu yang telah saya peroleh selama ini diberkati
semoga hasil jawapan saya diterima 
dan dapat markah setinggi boleh
semoga para penanda dilembutkan hati, ditenangkan jiwanya 
dan dalam keadaan yang baik semasa menanda kertas saya.
semoga juga saya mendapat keputusan yang cemerlang,
berjaya duniawi dan ukhrawi,
diberi kemudahan dalam semua urusan
serta perjalanan hidup sentiasa terpelihara daripada perkara2 buruk, insyaAllah!
semoga kita sama2 berjaya ye!








hazimah =)












terima kasih. be my followers