assalamualaikum ~
malu bertanya sesat jalan ,
malas berdayung perahu hanyut ..sekali lagi introduction yang tiada kene mengena dengan apa yang nak di post. alhamduliillah!! selesai solat isyak tadi, pada jam 10 .27. solat yang agak lewat. kerana lalai dengan alam maya. sampai bila??
usai solat, saya terasa sesuatu yang silau di sebelah kiri. segera menoleh. ohh cermin..
pantulan cahaya. erm..rindu nak belajar =) ..
langkah diatur supaya dekat dengan cermin itu,. cermin yang hampir separuh bodynya retak seribu. kenapa tak buang? sayanggg.. saya tipu je. bodynya masih elok. orang kata masih mantopp..
satu langkah..makin dekat. dua langkah ..makin dekats..tiga langkah ..maikn dekatss..
sampai pon depan cermin. saya terkejut!! indahnya.. indahnya wajah di hadapan saya ini.
siapa dia?? setelah diteliti , diselidiki ..wajah dihadapan saya tadi..adalah diri saya sendiri.
menyesal. menyesal puji diri sendiri. menyesal sebab puji sikit je. xoxo..
".....YA ALLAH , aku bersyukur kerana dikurniakan wajah yang sempurna ini. setelah KAU indahkan wajahku, maka indahkanlah pula hatiku..."
Amin....ye. fitrah seorang perempuan untuk menjadi cantik. malah ada yang berlumba lumba demi untuk mencapai title si CANTIK.
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai mata yang besar dan galak.
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai hidung mancung, terletak.
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai kening yang lebat dan hujungnya tirus.
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai bibir seseksi Angelina Jolie. seksi lagi bibirku. wekk
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai telinga yang tidak capang.ha??
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai rambut ikal mayang bak Kareena Kapoor dalam iklan Clear nya. eh betul ke?? main sebat je
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai pinggul yang bisa menarik nafsu si lelaki.
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai kuku panjang bercorak corak
- cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang mempunyai bonggol unta di atas kepala nun
- dan cantik pada fikiran saya bukanlah untuk mereka yang kurus sahaja.
cantik luaran dan dalaman. basah lidahnya memuji tuhan dan para pesuruh. tajam akalnya berfikir tentang kebesaran tuhan., kasih nya yang tidak berbelah bagi kepada kedua orang tuanya, taat setianya kepada tuhan yang Esa, lama sujudnya memohon keampunan.fasih bibirnya menutur bicara, dan kawalan nafsunya yang ampuh.
semoga saya menjadi seperti 'nya' di atas. =)