Saturday

borang upu

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

dah isi borang upu? Aku belum isi lagi. maybe tunggu sampai result keluar dlu. Baru boleh merangka nak ke mana. Erm..sadisnya aku belum nampak lagi bayang bayang hala tuju aku ni. Semuanya aku depend pada result. Ya Allah , kau berikanlah aku keputusan yang terbaik dan cemerlang supaya aku dapat melanjutkan pelajaranku seterusnya berjaya di dunia dan akhirat. Aminnnn :)

Nak kata tak plan ape2 tu, bohonglah. Ada la jugak. Mengikut plan aku, if result aku oke, n aku dapat tawaran untuk masuk matriks, i'll not let the chance fly away. Tapi andai kata dapat tawaran mane2 u tak kisahlah kerajaan or swasta, i'll consider it. Fikir sebaik baik dan semasak masaknye. uhuhuhu..
Aku juga ade ura ura nak masuk maktab perguruan. Orang kata jadi cikgu je senang, keluar maktab terus boleh jadi cikgu. Betul ke? Tapi aku tengok ramai jugak lepasan maktab yang menganggur. Haa,,jelas di sini aku dah kompius.Kompiusssss..

Hari tu saje usha2 borang upu tu. Ya Rabbi!! fenin lah fenin . Tak tau nak pilih yang mana. Dia suruh pilih 3 bidang utama. Ade 7 pilihan. Kat situ je aku dah stuck tak tau nak pilih yang mana. Haishhh..
Bila ada kesempatan, aku cuba carik kat google pasal bidang2 tu. Bila dah tau lebih detail ke mana bidang tu boleh pergi, barulah kita dapat pilih yang mana kan. Tapi nampaknya , aku masih belum selesai korek detail tu. Insya Allah aku akan gali sedalam yang mungkin. Takdelah terkial kial sangat nak pilih time dapat result nti. Almost membe2 aku semuanya belum isi. Memang tgu result kua dlu arhh.

Aihhh, cuak dehh nak tgu result  ni. Lagi bape hari je sebenarnya. Ikut khabar angin yang berhembus sepoi sepoi ni tarikh keramat keluar result tu 22 Mac ni. Haddoy!

Eah, sebenarnya sudah cukup kelewatannye pun adoi untuk tidur. haha. ni sume gara gara Marina Nafisah. Ikutkan tadi dah nak tido dah. Saje turun bawah menyekodeng die buat apa , Tak masal soh aku teman die buat topping kek untuk wedding Abg Cah esok. hoho. teman jua lahh.. Adik sayang kakak tau!!! aw3. haha. ^ ^

Okelah, gudnite.daa~
terima kasih. be my followers

Monday

kata hatiku di siang 14/02

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Aku nak curi satu post member aku merangkap cik advicer aku masa aku tengah SESAKK dulu. Nak menjaga hati orang lebih susah , lebih kritikal daripada nak buat latihan addmath. Fine, kadang kadang aku lalai. Lalai daripada tanggungjawab sebagai seorang manusia untuk menjaga hati manusia yang lain. Aku akui aku sungguh lalai dalam soal itu. Dalam pada aku telah lukakan hati yang lain itu, aku akan cuba sedaya upaya supaya ada ruang dalam hatinya untuk memaafkan aku.Cuba sedaya upaya ku biarpun keringat membasahiku.


Memang benarlah aku seorang pendusta, andai aku katakan aku tidak pernah terluka. Namun, akan aku usahakan supaya kau tak nampak sedikitpun rasa terluka ku. Biar aku sorokkan rasa hati ini. Biar aku saja yang menanggung rasa sakit ini. Mungkin kau tak perasan. Tidak mengapa. Aku rela hatiku sakit, asalkan bukan hati kau yang sakit. Bila kau marah, kau lemparkan tuduhan yang aku sendiri tak pasti mana pucuk pangkalnya. Mungkin benar aku sebegitu.Mungkin juga tidak. Kau tak pernah minta penjelasanku. Kau hanya percaya mereka buta buta. Ini semua buat aku sedar, kau tak pernah letakkan kepercayaan kau padaku. Sedangkan aku letakkan kepercayaanku di kedua dua bahumu. Ya. Aku mengaku , itu mungkin aku sewaktu masih berfikiran mentah dulu. Tapi sekarang, itu bukan aku. Kau terlalu yakin itu semua betul dan tiada peluang untukku perjelaskan. Aku mengalah. Penafian demi penafian tak mungkin dapat menghakis persepsi burukmu terhadapku. Kata lafaz YA yang mampu melegakan kau. Cukup membuktikan aku buruk pada kau.


Tipu juga andai aku katakan hati ini tidak terguris. Walau ini keputusanku sendiri. Aku tidak sempurna. Aku adalah diriku. I am not what u wants me to be. B'kali2 jugak aku ulang ayat ni.Sukar untuk aku lepaskan kau, kerana hadirmu cume sekejap, tapi kesan yang kau tinggalkan mendalam.Aku tak nak menjadi seseorang yang terlalu istimewa di mata kau, kerana aku takut kelak aku yang bakal membuatkan kau sakit. Sekarang sudah jelas bukan. Jangan tanya kenapa? Alasan ku bagi mungkin tidak munasabah. Percayalah, semua ini bersebab. Kalau nak tau sangat, aku akan tunjukkan. Tapi aku tak pasti apa reaksimu selepas itu. Kau perlu percaya, disebalik semua ini ada hikmah . Aku akan sentiasa berada di belakang kau hanya sekadar sahabat, membantu kau mendukung cita cita kau. Ada yang lebih baik menanti di hadapan sana.^ ^
terima kasih. be my followers

Wednesday

rehatlah

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Sesungguhnya, mati itu PASTI. Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Cuma, kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana kita akan pergi menghadap yang Esa. Mungkin selepas ini, esok, lusa , tulat, minggu depan , bulan depan atau tahun depan. Kita tidak tahu. Mungkin dalam keadaan yang baik dan mungkin juga dalam keadaan yang sebaliknya.Kita tidak tahu. Sedangkan Tok Moh Tok Moh yang power tahap mana sekalipun, tetap tak boleh nak menghalang kuasa tuhan ini. Pakar Perubatan atau Doktor2 yang memiliki pendidikan yang tinggi hanya mampu menganggar. Sejauh mana ketepatannya kita tidak tahu. Tuhan saja yang tahu. Kerana sudah jelas dalam Al Qur'an sendiri terbukti bahawa DIA maha mengetahui tiap tiap sesuatu yang berlaku.


Semalam , 08/02/2012 lebih kurang dalam jam 9, aku kehilangan seseorang yang kedudukannya terletak di carta tertinggi hati aku. Setelah menahan sakit selama 7 tahun, akhirnya kau pergi juga.7 tahun bagi aku satu jangka masa yang cukup lama. Dan bertahan selama 7 tahun membuktikan bahawa kau seorang yang kuat. Sangat kuat. Meskipun kadangkala emosimu tidak menentu dan kau hampir berputus asa. Peluh yang mengalir bukan sebarangan peluh. Peluh yang penuh dengan seribu satu macam kekuatan. Kekuatan zahirmu. Kekuatan batinmu. Ya. Tak terbendung air mata ini untuk mengalir walau cuba ditahan. Tak seorang pun antara kami, anak-anakmu, cucu cicitmu dan saudara mara yang tidak mengalirkan air mata. Yang dekat mahupun yang jauh , menangisi pemergianmu. Kerana kami tahu, sepanjang hidupmu terlampau banyak dugaan yang mendatang. Tapi kau hadapinya dengan senyuman yang tak pernah lekang.  : D


Aku cuba untuk bertahan. Bertahan untuk tidak menumpahkan air mata. Tapi aku gagal. Air mata ini tetap mahu mengalir. Hubungan kita cukup akrab. Sewaktu aku masih kecil, masih berusia 3 bulan, ditinggalkan oleh ibu bapaku kerana mereka menunaikan rukun islam ke-lima, kau pernah berpenat lelah menjagaku. Walaupun tidak lama berada dibawah jagaanmu, aku cukup BERSYUKUR kerana kesudianmu menjagaku. Aku masih ingat lagi, ketika kau masih sihat, setiap kali bermalam di kampung, aku akan sentiasa bersama denganmu. Bermanja denganmu mungkin menjadi rutin apabila pulang ke kampung. Kau akan menceritakan kembali waktu aku berada di bawah jagaan kau. Pada waktu itu, hanya aku seorang sahaja yang kau jaga manakala adik beradikku yang lain berada di Kluang dan dijaga oleh nenek saudaraku. Memandangkan aku merupakan anak bongsu, ketiadaanku di Kluang mungkin telah membuahkan rindu pada adik beradikku yang lain.Sehinggalah nenek saudaraku yang kugelar Embah nekad untuk membawaku pulang ke rumah. Kebetulan, ibu saudaraku,Cik Lin baru melahirkan anak,kehadiran kau di sisi Cik Lin pada saat itu sangat diperlukan. Kau menyerahkan aku sebentar pada ibu saudaraku yang lain yang hanya tinggal di sebelah rumah. Embah membawaku pergi tanpa pengetahuan kau. Apabila kau pulang, kau sangat terkejut dan terkilan. Setiap kali mendengar cerita itu, aku akan tersenyum sendiri. Bangga kerana menjadi rebutan 2 orang nenek yang sangat aku cintai.huhu Dan kedua-duanya telah selamat menghadap Ilahi.


Kau sangat suka menjahit. Masih segar di ingatan , kau pernah menjahitkan aku dan saudara saudara perempuan yang seusia denganku, ' mini skirt ' yang diperbuat daripada lebihan lebihan kain jahitan. hehe. agak seksi apabila tiap kali memakainya. Bukan sehelai, tetapi banyak. Kau juga rajin menjahitkan kami baju kurung sedondon. Bila pakai sama sama, nampak macam boria. Paling aku ingat, kau pernah memberiku hadiah gown labuh berwarna pink yang kau jahit sendiri. Jujur, aku sangat menyukai gown itu. Apabila memakainya, terasa seperti seorang Puteri . Perasan = ='


Kau suke bercerita. Seusai solat maghrib, sementara menunggu isyak, kau pasti akan menceritakan mengenai zaman silammu. Cerita mengenai zaman jepun, zaman kecilmu dan banyak lagi. Tidak terlepas cerita mengenai di awal perkahwinanmu dengan atuk. Berat sekali dugaan yang kau tanggung. Dalam usia yang muda telah menjadi janda dan menjaga 11 orang anak tanpa sebarang keluhan. Dan ekonomi ketika itu tidak se konsisten dan stabil dengan zaman sekarang. Bukan calang calang orang yang mampu survive untuk menjaga 11 orang anak dengan ekonomi yang masih ala -ala tu.Alhamdulillah, anak anakmu semua berjaya. Kini cucu cicitmu mula mengorak langkah untuk turut berjaya.


Bersalam, memeluk dan mengucup pipimu merupakan kewajipan bagiku. Walau baru sehari kau meninggalkan kami, sudah mula bercambah rasa rindu di hati ini padamu. Tapi aku puas. Puas kerana di saat kau sakit, aku pernah berada di sisimu, menjagamu walaupun cuma seketika. Aku cuba untuk menghiburkan kau, sentiasa inginkan senyuman manis terukir. Tidak sangka, gelak tawaku bersama kau dan kak ina di hospital 2 minggu lepas, merupakan gelak tawa kita yang terakhir. Aku tahu, kau sudah penat dengan penderitaan ini. Walau susah untuk bertutur, kau cuba untuk membuatkan kami faham dengan apa yang cuba kau sampaikan. Walau payah untuk menguruskan diri, kau cuba sedaya mungkin tanpa mahu ditolong. Kau sangat kuat nendaku!. Aku tau terlalu letih dengan dunia ini. Berehatlah di sana. Kasihmu tiada galang gantinya. Kami sentiasa mendoakanmu..=)
terima kasih. be my followers

Friday

lesen yang memenatkan

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih




dah lama tak bukak blog. dah bersawang , berlalang bersemak samun segala. kulat pon dah start nak buat kaum kat sini. oke propa. saja tiru ayat common blogger yang dah lama tak bukak blog .  huhuhu


sejujurnya aku malas nak membukak blog walaupun hari2 men tenet. kalau bukak pon just tengok gitu gitu je. malas nak membina patah kata. banyak lagi benda nak buat. sori la aku bukan jenis yang suka buang masa. kate ko!. setiap saat yang dah dibazirkan bagi aku sangat berharga. membazir itu amalan SYAITONNN ; )


setiap hari , mengadap benda yang sama kadang kadang menjengkelkan. what can i do?? aku dah terrrrhantar resume untuk jadi bibik full time kat rumah. hoho buat jelahhh.. aku pasrah * sadis tak sadis lah *
ek eley keje biase je pon. mengade je lebih. nak kene lempang agaknya budak ni *naksangat <3*


semalam aku baru setelkan satu jam untuk prektikel memandu. ini baru prektikel. lagi 2 jam tak tau lah nak buat bile. dah la belum booking lagi. belum masuk yg 9 jam ape lagi ntah. aku pon tak paham sangat. hohoho
leceh jugak nak buat lesen ni. tapi bile amik dari sudut positifnye, ' klu proses lesen memandu ni tak mgambil masa yang lama , mungkin hospital akan belambak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan ' wallaweyh!. faham faham je lah.aku admit , bila sampai turn aku serta merta ke' dedor' an aku berada pada tahap yang maksimum. maklum lah first time pegang stereng. cool down husna cool down. ! mase instructor tu bg penerangan..hahaha pale otak aku ntah ke mane. mengangguk tanpa mendengar. seriau punye pasal lah ni. :P


orait. enjin dah start. clach dilepas perlahan lahan. eah..kereta berjalan. aku bawak!! ya Rabbi rasa macam nak menjerit je. eksaited terlebih padahal baru belajar. memang mereng aku ni. hoho
kang aku senyum sorang sorang kang, instructor tu ingatkan aku nak mengurat die plak.. adoyy
erm.. kejap je la aku senyum,,tga syok2 tiba tiba kene marah. aduhh paling BES lah. tolong marah saya lagi bang! i'm begging u.. ermm..buwekk!


time naik bukit , rasa macam nak terjun laut!. gua tetekan minyak kuat sgt. haha nampak bebenor instructor tu tokojod. haaa kan dah.! encik instructor tu pon satu. tga mengajor aku bole pulak jawab kol org. gua main tekan je arhh.. erm nasib tak terbang tu jelah. satu hari tu memang penat habis arhh. dah la panazzz.. gua sabau je dengan abang tu.. setel pusing pusing kat roundabout, blaja park kereta plak. yang ini part yang paling aku menyampess. sebab ape? sebab aku ni dah la comel nak kene keluarkan kepala tgok tayar tak macam kene berdiri kat seat tu. memang semartttt arhh. bila dah penat, clach pon di anaktirikan. lalu tersemput semput la enjin kereta tu.


n yesss! satu jam berakhir. tak menyaba aku nak matikan enjin. keluar kereta terus carik seat. fuhhhh.. lego deh. dalam otak memang fikir nak balik je lah. on the way nak balik, aku duduk diam je dalam kereta. mungkin muka aku terlampau menampakkan yang aku tga penat so abg instructor itu pon membuat lawak. erm nak layan. maaf la abg, baik saya layan penat saya. hohoho.peace~


yang penting balik tu gua lentok abess arr. memang tak fikir ape dah.. n now, i do no what's gonna be for next lesson. dalam plan, nak habiskan sume ni paling lewat akhir bulan 2 ntah dapat ke tidak. hopefully dapat arhh..dapat arr gua lesen P cepat. ahakxxx... kbai ngantok nak tido .
terima kasih. be my followers