Monday

kata hatiku di siang 14/02

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Aku nak curi satu post member aku merangkap cik advicer aku masa aku tengah SESAKK dulu. Nak menjaga hati orang lebih susah , lebih kritikal daripada nak buat latihan addmath. Fine, kadang kadang aku lalai. Lalai daripada tanggungjawab sebagai seorang manusia untuk menjaga hati manusia yang lain. Aku akui aku sungguh lalai dalam soal itu. Dalam pada aku telah lukakan hati yang lain itu, aku akan cuba sedaya upaya supaya ada ruang dalam hatinya untuk memaafkan aku.Cuba sedaya upaya ku biarpun keringat membasahiku.


Memang benarlah aku seorang pendusta, andai aku katakan aku tidak pernah terluka. Namun, akan aku usahakan supaya kau tak nampak sedikitpun rasa terluka ku. Biar aku sorokkan rasa hati ini. Biar aku saja yang menanggung rasa sakit ini. Mungkin kau tak perasan. Tidak mengapa. Aku rela hatiku sakit, asalkan bukan hati kau yang sakit. Bila kau marah, kau lemparkan tuduhan yang aku sendiri tak pasti mana pucuk pangkalnya. Mungkin benar aku sebegitu.Mungkin juga tidak. Kau tak pernah minta penjelasanku. Kau hanya percaya mereka buta buta. Ini semua buat aku sedar, kau tak pernah letakkan kepercayaan kau padaku. Sedangkan aku letakkan kepercayaanku di kedua dua bahumu. Ya. Aku mengaku , itu mungkin aku sewaktu masih berfikiran mentah dulu. Tapi sekarang, itu bukan aku. Kau terlalu yakin itu semua betul dan tiada peluang untukku perjelaskan. Aku mengalah. Penafian demi penafian tak mungkin dapat menghakis persepsi burukmu terhadapku. Kata lafaz YA yang mampu melegakan kau. Cukup membuktikan aku buruk pada kau.


Tipu juga andai aku katakan hati ini tidak terguris. Walau ini keputusanku sendiri. Aku tidak sempurna. Aku adalah diriku. I am not what u wants me to be. B'kali2 jugak aku ulang ayat ni.Sukar untuk aku lepaskan kau, kerana hadirmu cume sekejap, tapi kesan yang kau tinggalkan mendalam.Aku tak nak menjadi seseorang yang terlalu istimewa di mata kau, kerana aku takut kelak aku yang bakal membuatkan kau sakit. Sekarang sudah jelas bukan. Jangan tanya kenapa? Alasan ku bagi mungkin tidak munasabah. Percayalah, semua ini bersebab. Kalau nak tau sangat, aku akan tunjukkan. Tapi aku tak pasti apa reaksimu selepas itu. Kau perlu percaya, disebalik semua ini ada hikmah . Aku akan sentiasa berada di belakang kau hanya sekadar sahabat, membantu kau mendukung cita cita kau. Ada yang lebih baik menanti di hadapan sana.^ ^
terima kasih. be my followers

No comments: