Sunday

ohh fesbuk ku telah cuba digodam oleh anasir itu..huhu

assalamualaikum..


ohh readers..today i am so happy. so so so happy. no best words can describe how happy i am right now.



lebih kurang macam ni lah bentuk happy  i tu..huhu
pelik kan? kenapa happy ada tanda soal banyak banyak pulak. ye lah..i am so glad..ada juga orang yang concern nak tolong jadi tuan rumah fesbuk aku. pastu tak tau la apa dia nak buat kan..sebab dah terlampau sayanggggg kat aku la tu..*ye..ye..* lainlah kalau aku yang rela hati bagi email ngn pword kat orang tu. bila die nak jadi owner sebentar, i don't mind lah. ni tak memasal. ntah sape2 je..
eah..tak marah..tengah gembira senyum sampai nampak besi bersinar la ni..haihhh.
begini ceritanya : for short la..pagi tadi after done doing the chores, aku dcide  untuk open up my fesbuk. just for a while .. time nak sign up. there's an error which i could not access the account..ohh WOW!
sentap hati mak nak!.
keluar pulak menatang ni :
ermmm..tak menyirapi aku nye punnn..adoii


and..that  SOMEBODY yg try nak godam i punye fesbuk tu..is from ******.. 
nampak tak? tak nampak takpelah. that part i memang tokojod lah..
and as my mr. had said : yelah..that medium kan they all punye..everything goes around at the fesbuk 24/7 diorang tau.. yess.. i know..
aku rasa, not only me je yang penah kene. there's thousand million fesbuk user out there pon penah kene jugak. agaknyelah.hek!
yang mengkompisukan..adakah ini dinamakah HACKER ??
actually, i am still at sixes and sevens..but nevermindlah.. pword had been changed..and i prefer to be more private.. lagi bagus begitu bukan?

as the moral: please be alert to u'r surrounding cause it might be harm to you..
orait..perut i dah buat konsert rock yg roarrr..main band die Rimba Bara..wakaka..
stoplah..need something to eat.. daaa~




terima kasih. be my followers

Friday

mari menginsafi diri.

assalamualaikum.
salam ukhuwah. salam sejahtera


dah lama rasanya tak jengah blog ni. bukan takde kesempatan..ada. tapi nafsu malas ini lebih menguasai diri. nafsu ini menjadi sesuatu yang dominan sejak 2,3 menjak aku bergelar cik pengganggur.


seperti biasa seolah olah mengikut jadual, jam 11.04 malam aku mula sebok dengan alam maya ini.
seperti biasa juga, jari jemari runcing aku * kan? *automatik akan terus ke laman facebook. port terkini yang menjadi trend muda mudi zaman ini. tidak sah tanpa fesbuk bukan? ada satu berita yang mengejutkan.
ye. dunia hiburan kita kehilangan seorang penggiat seni yang masih muda pada kiraan aku. sangkaan aku, adiknya. rupanya ..abangnya. *suka -nya2 kan? * kembali pada usia yang muda pada hari jumaat (sayyidulayyam). ohh aku sangat suka lagu Indah Lelapku.


beberapa hari sebelum hari persekolahan bermula, aku juga dikejutkan dengan satu berita. Di mana, berita ini.. seriously, totally and exactly buat semua orang ternganga. bukan kerana terkejut, tetapi kerana perginya seorang guru kembali ke pangkuan-NYA secara tidak disangka sangka. juga.dalam usia yang muda. juga pada hari jumaat (sayyidulayyam). anaknya masih kecil. masih tidak mengenal dunia sebenar. barangkali tahu ibunya sudah tiada. tetapi belum cukup faham mengenai situasi yang berlaku.


kawan kawan lain juga terkedu. kehilangan arwah secara tiba tiba. ada seorang rakan sempat bercerita , dia baru sahaja bersalaman dengan arwah, pagi sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. hanya doa yang mampu dititpkan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang dikasihi ALLAH.


jelas, Allah menunjukkan bahawa ajal maut seseorang tidak terletak mutlak pada title TUA. muda, remaja, belia, kanak kanak, bayi mahupun didalam kandungan , jika Allah sudah tetapkan bahawa INI masanya, maka akan tetap berlaku. kita tiada kuasa khas untuk menghalangnya. kita tiada kuasa sakti untuk menangguhnya. sedangkan ahli magis sendiri tidak terdaya untuk melawannya.


sejauh mana banyaknya amalan kita di dunia ini sebagai bekalan di akhirat kelak? duniawi tidak akan kekal. ukhrawi yang kekal selamanya. tetapi apa yang kita kumpulkan pada saat , waktu dan ketika ini adalah seperti kita akan kekal di dunia ini.


*take a note hazimah
terima kasih. be my followers

oh kawan

sekarang ni nak cari kawan memang senang. tak payah pergi jauh jauh. tak payah hantar surat. tak payah nak guna burung merpati segala. duduk je depan lappy. kletak kletuk keyboard. dah dapat kawan. senang kan? zaman urban macam macam boleh. dunia tanpa sempadan kan? aip.! dunia memang tanpa sempadan. tapi kita perlu sempadankannya juga. macam mana bebasnya kita, kita masih tetap inginkan privasi sendiri kan. so, for me istilah 'dunia tanpa sempadan' is not totally perfect enough. ayat tersurat ni. faham faham je lah. tak faham? oke. takpe. buat buat fahm je. saya tak marah.. ; /


orang kata nak mencari kawan memang senang. tapi sahabat?? erm. pada saya kawan , sahabat, rakan..tiada bezanya.. mereka semua sama. cuma yang membezakan, mungkin ada antara kawan kita yang lebih rapat dan lebih selesa untuk kita berkongsi.selebihnya mungkin kita cuma kenal mereka secara luarannya.  senang cakap, kita tak kenal mereka dengan lebih detail.


saya tak provok mana mana pihak. for me,  kawan memang penting dalam hidup. tapi kita manusiakan. saya tak nafikan saya agak pilih kasih dalam berkawan. jangan salah faham. maksud saya , dalam hidup saya, ada kawan yang lebih tinggi sikit levelnya daripada yang lain. but dun worry! saya sayang semua yang berkawan dengan saya. saya tak suka mencipta musuh. ' klu musuh datang , mail lambung bagi senjata '
eah3...


dalam kita berkawan ada pasang surutnya. macam air laut. macam juga waktu kita tga falling in love kan?


ada masanya kita berkongsi


ada masanya kita buat hal sendiri


dan ada waktu kita dalam suasana yang tegang


semua tu lumrah. bohong kalau saya katakan saya tak pernah kecik hati dengan kawan saya sendiri. bohong juga jika saya katakan jika saya tak pernah rasa nak marah kawan. lagilah bohong kalau saya katakan kawan saya sangat perfect! ye. kawan. semua orang pernah buat silap. termasuk diri saya sendiri.

mungkin bila saya kecik hati, saya tak tunjukkan pada mereka yang saya kecik hati. tapi, hati yang sakit tetap sakit. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA BUKAN? saya nak berkongsi sedikit ilmu di sini,
Tuhan tak akan mengubah seseorang melainkan dia mengubah dirinya sendiri. i love this quote. very the muchhh!.hoho
carilah cara macam mana sekalipun untuk tenangkan kita. setiap yang berlaku ada hikmah kan?

mungkin bila saya rasa kawan saya buat silap, dan saya seolah olah tidak mampu untuk menahan kemarahan saya..saya akan berdiam diri. kita dah besar, so buat cara macam orang dah besar. saya tak mampu nak marah kerana kita dalam satu zaman yang sama . dalam umur yang sama. kalau saya masih tidak menegur, bukan kerana saya membenci anda 100 %. saya perlukan masa untuk cool down kan balik diri saya. as well as you.. maaf mungkin anda banyak terasa hati dengan saya.

sesungguhnya saya tak mampu nak membenci KAWAN .kawan segalanya buat saya. tidak terlintas sedikit pon di hati saya untuk jauhkan diri daripada berkawan kerana saya sayang semua kawan kawan saya.

mungkin satu hari nanti, kita akan kembali. kembali berkumpul, bersama dengan gelak tawa senyum riang yang tak pernah putus dan kekal selamanya. hope so =)


: gambar tiada kaitan. mungkin dapat payment. mungkin lah..HAHA


terima kasih. be my followers

Tuesday

selamat tahun baru

assalamualaikum.. selamat tahun baru. masih boleh ucap lagikan? baru sepuluh hari berlalu. masih ada lagi bau bau tahun baru. if dulu waktu zaman persekolahan, kita dapat kasut baru baju baru segala galanya baru. tunjuk je yang mana terus ayah dan mak belikan. tapi zaman itu sudah lepas. orang putih kata let bygone be bygone. yang lepas biarkan lepas. yang mendatang ni yang perlu kita fikirkan.

kebanyakan entry tahun lepas saya menggunakan ayat budak sekolah. memang sengaja ya menggunakan ayat ayat sebegitu. supaya pada masa akan datang menjadi kenangan buat saya. mungkin untuk anda anda juga. orang kata zaman sekolah adalah zaman terbaik kita. kita tak akan rasa lagi selepas ni. betul lah tu. walaupun baru beberapa bulan saya menjadi penganggur tetap di rumah, saya sudah terasa betapa rindunya nak ke sekolah. so, adik adik. hargai masa sekolah anda. jadikan masa sekolah kita satu moment yang indah.

tahun ni saya memegang title 18 tahun. walaupun secara realitinya masih tujuh belasan tahun, tapi ianya tetap dikira sbgi 18 tahun. tempoh yang cukup lama untuk mencapai tahap kematangan. ironinya , matang kah saya? kita biasa dengar, orang yang lebih tua lebih dulu makan garam dari kita. maksud perumpamaan ni bukannya nak menunjukkan yang orang tua lebih banyak yang kena darah tinggi.. tidak tidak. maksudnya orang yang lebih tua lebih banyak pengalamannya. pengalaman memang mendewasakan kita. tapi cukupkah sekadar pengalaman ?

kadang kala kanak kanak dilihat lebih menunjukkan reaksi yang jauh lebih matang dan rasional berbanding yang lebih dewasa. kerana mereka belajar dari pengalaman. setelah belajar mereka menggunakan akal yang dianugerahkan untuk berfikir secara logikal. maka terhasil lah satu senario yang matang dan setanding dengan pemikiran dewasa. faham faham sahajalah. kanak kanak sekarang terlalu cepat menangkap apa yang ada kat sekeliling. jika baik. maka baiklah hasilnya. jika sebaliknya, tuhan sahajalah yang tau.

selamat malam.

terima kasih. be my followers