Tuesday

selamat tahun baru

assalamualaikum.. selamat tahun baru. masih boleh ucap lagikan? baru sepuluh hari berlalu. masih ada lagi bau bau tahun baru. if dulu waktu zaman persekolahan, kita dapat kasut baru baju baru segala galanya baru. tunjuk je yang mana terus ayah dan mak belikan. tapi zaman itu sudah lepas. orang putih kata let bygone be bygone. yang lepas biarkan lepas. yang mendatang ni yang perlu kita fikirkan.

kebanyakan entry tahun lepas saya menggunakan ayat budak sekolah. memang sengaja ya menggunakan ayat ayat sebegitu. supaya pada masa akan datang menjadi kenangan buat saya. mungkin untuk anda anda juga. orang kata zaman sekolah adalah zaman terbaik kita. kita tak akan rasa lagi selepas ni. betul lah tu. walaupun baru beberapa bulan saya menjadi penganggur tetap di rumah, saya sudah terasa betapa rindunya nak ke sekolah. so, adik adik. hargai masa sekolah anda. jadikan masa sekolah kita satu moment yang indah.

tahun ni saya memegang title 18 tahun. walaupun secara realitinya masih tujuh belasan tahun, tapi ianya tetap dikira sbgi 18 tahun. tempoh yang cukup lama untuk mencapai tahap kematangan. ironinya , matang kah saya? kita biasa dengar, orang yang lebih tua lebih dulu makan garam dari kita. maksud perumpamaan ni bukannya nak menunjukkan yang orang tua lebih banyak yang kena darah tinggi.. tidak tidak. maksudnya orang yang lebih tua lebih banyak pengalamannya. pengalaman memang mendewasakan kita. tapi cukupkah sekadar pengalaman ?

kadang kala kanak kanak dilihat lebih menunjukkan reaksi yang jauh lebih matang dan rasional berbanding yang lebih dewasa. kerana mereka belajar dari pengalaman. setelah belajar mereka menggunakan akal yang dianugerahkan untuk berfikir secara logikal. maka terhasil lah satu senario yang matang dan setanding dengan pemikiran dewasa. faham faham sahajalah. kanak kanak sekarang terlalu cepat menangkap apa yang ada kat sekeliling. jika baik. maka baiklah hasilnya. jika sebaliknya, tuhan sahajalah yang tau.

selamat malam.

terima kasih. be my followers

No comments: