Friday

mari menginsafi diri.

assalamualaikum.
salam ukhuwah. salam sejahtera


dah lama rasanya tak jengah blog ni. bukan takde kesempatan..ada. tapi nafsu malas ini lebih menguasai diri. nafsu ini menjadi sesuatu yang dominan sejak 2,3 menjak aku bergelar cik pengganggur.


seperti biasa seolah olah mengikut jadual, jam 11.04 malam aku mula sebok dengan alam maya ini.
seperti biasa juga, jari jemari runcing aku * kan? *automatik akan terus ke laman facebook. port terkini yang menjadi trend muda mudi zaman ini. tidak sah tanpa fesbuk bukan? ada satu berita yang mengejutkan.
ye. dunia hiburan kita kehilangan seorang penggiat seni yang masih muda pada kiraan aku. sangkaan aku, adiknya. rupanya ..abangnya. *suka -nya2 kan? * kembali pada usia yang muda pada hari jumaat (sayyidulayyam). ohh aku sangat suka lagu Indah Lelapku.


beberapa hari sebelum hari persekolahan bermula, aku juga dikejutkan dengan satu berita. Di mana, berita ini.. seriously, totally and exactly buat semua orang ternganga. bukan kerana terkejut, tetapi kerana perginya seorang guru kembali ke pangkuan-NYA secara tidak disangka sangka. juga.dalam usia yang muda. juga pada hari jumaat (sayyidulayyam). anaknya masih kecil. masih tidak mengenal dunia sebenar. barangkali tahu ibunya sudah tiada. tetapi belum cukup faham mengenai situasi yang berlaku.


kawan kawan lain juga terkedu. kehilangan arwah secara tiba tiba. ada seorang rakan sempat bercerita , dia baru sahaja bersalaman dengan arwah, pagi sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. hanya doa yang mampu dititpkan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang dikasihi ALLAH.


jelas, Allah menunjukkan bahawa ajal maut seseorang tidak terletak mutlak pada title TUA. muda, remaja, belia, kanak kanak, bayi mahupun didalam kandungan , jika Allah sudah tetapkan bahawa INI masanya, maka akan tetap berlaku. kita tiada kuasa khas untuk menghalangnya. kita tiada kuasa sakti untuk menangguhnya. sedangkan ahli magis sendiri tidak terdaya untuk melawannya.


sejauh mana banyaknya amalan kita di dunia ini sebagai bekalan di akhirat kelak? duniawi tidak akan kekal. ukhrawi yang kekal selamanya. tetapi apa yang kita kumpulkan pada saat , waktu dan ketika ini adalah seperti kita akan kekal di dunia ini.


*take a note hazimah
terima kasih. be my followers

No comments: