Wednesday

rehatlah

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Sesungguhnya, mati itu PASTI. Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Cuma, kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana kita akan pergi menghadap yang Esa. Mungkin selepas ini, esok, lusa , tulat, minggu depan , bulan depan atau tahun depan. Kita tidak tahu. Mungkin dalam keadaan yang baik dan mungkin juga dalam keadaan yang sebaliknya.Kita tidak tahu. Sedangkan Tok Moh Tok Moh yang power tahap mana sekalipun, tetap tak boleh nak menghalang kuasa tuhan ini. Pakar Perubatan atau Doktor2 yang memiliki pendidikan yang tinggi hanya mampu menganggar. Sejauh mana ketepatannya kita tidak tahu. Tuhan saja yang tahu. Kerana sudah jelas dalam Al Qur'an sendiri terbukti bahawa DIA maha mengetahui tiap tiap sesuatu yang berlaku.


Semalam , 08/02/2012 lebih kurang dalam jam 9, aku kehilangan seseorang yang kedudukannya terletak di carta tertinggi hati aku. Setelah menahan sakit selama 7 tahun, akhirnya kau pergi juga.7 tahun bagi aku satu jangka masa yang cukup lama. Dan bertahan selama 7 tahun membuktikan bahawa kau seorang yang kuat. Sangat kuat. Meskipun kadangkala emosimu tidak menentu dan kau hampir berputus asa. Peluh yang mengalir bukan sebarangan peluh. Peluh yang penuh dengan seribu satu macam kekuatan. Kekuatan zahirmu. Kekuatan batinmu. Ya. Tak terbendung air mata ini untuk mengalir walau cuba ditahan. Tak seorang pun antara kami, anak-anakmu, cucu cicitmu dan saudara mara yang tidak mengalirkan air mata. Yang dekat mahupun yang jauh , menangisi pemergianmu. Kerana kami tahu, sepanjang hidupmu terlampau banyak dugaan yang mendatang. Tapi kau hadapinya dengan senyuman yang tak pernah lekang.  : D


Aku cuba untuk bertahan. Bertahan untuk tidak menumpahkan air mata. Tapi aku gagal. Air mata ini tetap mahu mengalir. Hubungan kita cukup akrab. Sewaktu aku masih kecil, masih berusia 3 bulan, ditinggalkan oleh ibu bapaku kerana mereka menunaikan rukun islam ke-lima, kau pernah berpenat lelah menjagaku. Walaupun tidak lama berada dibawah jagaanmu, aku cukup BERSYUKUR kerana kesudianmu menjagaku. Aku masih ingat lagi, ketika kau masih sihat, setiap kali bermalam di kampung, aku akan sentiasa bersama denganmu. Bermanja denganmu mungkin menjadi rutin apabila pulang ke kampung. Kau akan menceritakan kembali waktu aku berada di bawah jagaan kau. Pada waktu itu, hanya aku seorang sahaja yang kau jaga manakala adik beradikku yang lain berada di Kluang dan dijaga oleh nenek saudaraku. Memandangkan aku merupakan anak bongsu, ketiadaanku di Kluang mungkin telah membuahkan rindu pada adik beradikku yang lain.Sehinggalah nenek saudaraku yang kugelar Embah nekad untuk membawaku pulang ke rumah. Kebetulan, ibu saudaraku,Cik Lin baru melahirkan anak,kehadiran kau di sisi Cik Lin pada saat itu sangat diperlukan. Kau menyerahkan aku sebentar pada ibu saudaraku yang lain yang hanya tinggal di sebelah rumah. Embah membawaku pergi tanpa pengetahuan kau. Apabila kau pulang, kau sangat terkejut dan terkilan. Setiap kali mendengar cerita itu, aku akan tersenyum sendiri. Bangga kerana menjadi rebutan 2 orang nenek yang sangat aku cintai.huhu Dan kedua-duanya telah selamat menghadap Ilahi.


Kau sangat suka menjahit. Masih segar di ingatan , kau pernah menjahitkan aku dan saudara saudara perempuan yang seusia denganku, ' mini skirt ' yang diperbuat daripada lebihan lebihan kain jahitan. hehe. agak seksi apabila tiap kali memakainya. Bukan sehelai, tetapi banyak. Kau juga rajin menjahitkan kami baju kurung sedondon. Bila pakai sama sama, nampak macam boria. Paling aku ingat, kau pernah memberiku hadiah gown labuh berwarna pink yang kau jahit sendiri. Jujur, aku sangat menyukai gown itu. Apabila memakainya, terasa seperti seorang Puteri . Perasan = ='


Kau suke bercerita. Seusai solat maghrib, sementara menunggu isyak, kau pasti akan menceritakan mengenai zaman silammu. Cerita mengenai zaman jepun, zaman kecilmu dan banyak lagi. Tidak terlepas cerita mengenai di awal perkahwinanmu dengan atuk. Berat sekali dugaan yang kau tanggung. Dalam usia yang muda telah menjadi janda dan menjaga 11 orang anak tanpa sebarang keluhan. Dan ekonomi ketika itu tidak se konsisten dan stabil dengan zaman sekarang. Bukan calang calang orang yang mampu survive untuk menjaga 11 orang anak dengan ekonomi yang masih ala -ala tu.Alhamdulillah, anak anakmu semua berjaya. Kini cucu cicitmu mula mengorak langkah untuk turut berjaya.


Bersalam, memeluk dan mengucup pipimu merupakan kewajipan bagiku. Walau baru sehari kau meninggalkan kami, sudah mula bercambah rasa rindu di hati ini padamu. Tapi aku puas. Puas kerana di saat kau sakit, aku pernah berada di sisimu, menjagamu walaupun cuma seketika. Aku cuba untuk menghiburkan kau, sentiasa inginkan senyuman manis terukir. Tidak sangka, gelak tawaku bersama kau dan kak ina di hospital 2 minggu lepas, merupakan gelak tawa kita yang terakhir. Aku tahu, kau sudah penat dengan penderitaan ini. Walau susah untuk bertutur, kau cuba untuk membuatkan kami faham dengan apa yang cuba kau sampaikan. Walau payah untuk menguruskan diri, kau cuba sedaya mungkin tanpa mahu ditolong. Kau sangat kuat nendaku!. Aku tau terlalu letih dengan dunia ini. Berehatlah di sana. Kasihmu tiada galang gantinya. Kami sentiasa mendoakanmu..=)
terima kasih. be my followers

7 comments:

E n t o y C a i r o said...

sad story cena..:( tq

Miss Lollipop said...

so touched

husnahazimah said...

entoy cairo : huhu.. rindu nak manje2 dgn die

husnahazimah said...

entoy cairo : huhu.. rindu nak manje2 dgn die

husnahazimah said...

miss lollipop: tga layan perasaan ni. hihi

miSs FaRaH said...

air mate aqu mengalir lagi husna. :( rindu makwo sgt2.

husnahazimah said...

miss farah: alolorh..jangan menangis cik adik. kita banyak2 sedekahkan pahala utk die oke dear! :D